Tiada Hari Tanpa Ber-Istighfar dan Bersykur

Kenapa anda masih Islam?


Kita amat beruntung dilahirkan Islam..atau adakah kita beruntung? Sepatutnya begitu, tapi olehkerana ini juga, ramai diantara orang-orang Islam yang tidak tahu akan makna Islam sebenarnya dan kenapa ianya ugama yang benar.Dilahirkan Islam, membuat ramai diantara kita jadi leka. "Okaylah saya Islam." .tapi kalau ditanya kenapa Islam ugama yang sebenar, segelintir sahaja yang boleh jawab kenapa dan apa yang buat mereka yakin. 

Sebab inilah kita nampak orang dinamakan Islam, tapi tidak ada hormat dengan ugama. Sanggup mereka buat perkara-perkara yang dilarang Islam, seperti minum arak, berjudi, bercampur gaul tanpa batasan dan sebagainya.Orang-orang ini jugalah, yang akan mudah diajak keluar dari Islam, Na'uzubillah! Kerana mereka tak ada pegangan kuat!
Kebanyakan mereka jadi Kristian untuk kemudahan mereka - maklumlah undang-undang Kristian sangatlah longgar dan boleh diubah suai mengikut zaman. Bukan kerana yakin Kristian itu yang sebenarnya.


Jadi, janganlah kita leka, dan mari kaji kenapa anda jadi orang Islam.AlQuran itu sebenarnya satu mukjizat dan bukti yang kuat tentang kebenaran Islam dan kebesaran Allah swt. Banyak sungguh perkara-perkara yang menakjubkan dalam AlQuran itu sahaja.
Antaranya ialah, ternyata AlQuran itu tidak diubah suai daripada ianya diturunkan, hinggalah ke zaman sekarang. Carilah buku buku lain yang dah berkurun lamanya, yang tidak diubah suai - anda tidak akan temui. Kitab Injil (Bible) itu pun sudah diubah suai banyak kali, hinggakan apa yang tertera sekarang dalam kitab Injil, sangatlah berlainan dengan yang asli. 

Kitab Injil di antara golongan Kristian juga berlainan!Saya pernah tanyakan pada pegawai saudara baru Islam, tentang peratusan saudara baru Islam yang berpelajaran tinggi, jawaannya - dalam 70%. Mereka, yang bijak, mengkaji dulu tentang ugama lama mereka dan bandingkan dengan Islam, lalu yakin, Islam adalah yang benar. Kalau nak tahu cerita-cerita saudara baru, anda boleh pergi ke www.usc.edu/dept/MSA/newmuslims.

Dalam AlQuran juga Allah swt berfirman:
Dan yang takut pada Allah, adalah orang-orang yang berilmu. (erudite, learned).
Al Faathir : 28

Banyak sungguh lelaman-lelaman di Internet yang menerangkan tentang kebenaran Islam dan beri bukti bagaimana Islam itu benar. Kita, yang dilahirkan Islam, patut ambil tahu dulu.
Saya pernah cuba cari lelaman Kristian yang menerangkan kenapa Kristian ugama sebenar..tak jumpa pun.

Jadi, kenapa saya masih Islam? Kerana saya AMAT yakin ISLAM lah yang sebenarnya. Tiada tuhan selain ALLAH swt. Al Quran dan isinya itu jadi penunjuk dan peringatan bagi saya, tentang kebenaran Islam dan keagungan ALLAH swt.