Tiada Hari Tanpa Ber-Istighfar dan Bersykur

Allah SWT dalam aqidah islam

PENDEKATAN BAHASAN
Saya tidak akan menggunakan istilah-istilah ilmiah yang digunakan
oleh alim ulama yang ahli dalam bidang Ilmul-Kalam, dan juga saya tidak akan
mengharungi dalam teori-teori yang bercorak falsafah atau cara-cara mantik
yang biasa digunakan oleh ulama Mutakallimun ketika mereka memperkatakan
maudu’-maudu’ yang seperti ini, tetapi saya akan terus merujuk kepada Al-
Quranul-Karim dan kepada As-Sunnah Al-Mutahharah dan kepada apa yang
kita ketahui daripada sirah perjalanan golongan mu’min dalam peringkat
permulaan dahulu, kerana mereka itu tidak syak lagi adalah manusia yang
paling bersih dan segi kejadian, dan mempunyai hati yang lembut, mempunyai
tanggapan yang halus terhadap soal-soal agama, dan lebih mengetahui dengan
penggunaan lafaz-lafaz, rangkaikata-rangkaikata dan susunan-susunan ayat
AlQuran dan Al-Hadis, mereka juga memiliki kemanisan citarasa menganggap
sehalus-halus makna dan perasaan-perasaan. Justeru itu, jadilah mereka sebagai
contoh yang sempurna bagi orang-orang Islam seluruhnya.

Apa Artinya Anda Sebagai Muslim

Ada beberapa kalimah yang sering bermain di bibir setiap orang, kecil atau besar, tetapi
tidak ramai di kalangan mereka yang memahami dengan mendalam dan sungguhsungguh
akan pengertian kalimah-kalimah itu.
Dan oleh kerana terlampau banyak dipertuturkan maka dengan sendirinya terbentuklah
suatu pengertian secara singkat di fikiran setiap orang. Bila seseorang menyebut
kalimah tersebut maka pengertian itulah yang dimaksudkan olehnya; dan begitu juga
bila seseorang mendengar ianya disebut maka yang segera terlintas di fikirannya ialah
pengertian yang sempit itu juga, sedangkan makna dan ertinya yang tepat dan padat
masih lagi kabur di kalangan golongan terpelajar, apa lagi di kalangan golongan awam
yang jahil.